Kursus Pembinaan dan Penulisan Blog

Assalamualikum,

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku belajar buat blog… selama nie asyik tengok blog orang lain aje… Syukran pada Sifu Mohd Fuad Yusof kerana sudi menurunkan ilmu untuk kursus ini. Aku tengok member-member yang  join kursus ini bukan main happy lagi bila dapat belajar buat blog masing-masing, lepas nie boleh lah bagi address blog tu pada member-member… yang mana ada buat bisnes tu aku doakan moga bertambah-tambahlah hasil jualan kau orang semua.. kat bawah nie ada aku masukan gambar masa kursus dijalankan.

Categories: Umum

BUKU INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Indahnya Hidup Bersyariat

Satu sebab yang buat aku jatuh cinta sama ini buku adalah sebab dia warna biru..boleh? haha.. Mungkin juga.

Indahnya Hidup Bersyariat adalah sebuah buku yang patut atau aku nak katakan WAJIB ada dalam sebuah keluarga Islam. Kalau ketua keluarga tu memang seorang yang arif dalam hal-hal agama, tak perlulah. Tapi bagi aku yang baru nak membina keluarga, aku rasa amat amat amat amat amat perlu buku ini ada dalam umah aku..*kira berapa amat ada?*

Indahnya Hidup Bersyariat merupakan sebuah buku panduan Fardu Ain yang lengkap dan bergambar. Ditulis oleh Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid keluaran Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ni meliputi setiap aspek dari mana manusia dilahirkan sehinggalah dia menghembus nafas terakhir..
Dari bab kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak, berkaitan remaja, masuk pulak bab Fardu Ain asas macam solat puasa semua tu, perkahwinan, hidup bermasyarakat serta amalan-amalan sunat dalam kehidupan.. Lengkap dengan doa.

Kalau korang ada rezeki lebih, belilah buku ni satu ok. Bukan buat simpan, tapi untuk rujukan sebab satu hari memang kita akan memerlukannya dan ilmu yang ada di dalamnya berguna untuk keturunan kita nanti. Percayalah…

Kandungan buku ini ialah
Bab 1 – Syariat Kelahiran
Bab 2 – Pendidikan Awal kanak-Kanak
Bab 3 – Syariat Berkaiatan Remaja
Bab 4 – Fardhu Ain Asas
Bab 5 – Munakahat (Hukum Perkahwinan)
Bab 6 – Syariat Dalam Bermasyarakat
Bab 7 – Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa

Categories: Agama

34 Tahun Usiaku

9 Februari 2011

Terharu rasanya hati aku pagi tadi jam 6.30am….masa kat meja makan nak sarapan ayang aku dan anak-anak menyanyikan lagu “Happy Birthday”.  Tak sangka aku usia aku dah makin tua..  I love my Ayang Syla, Muhammad Aiman Hakim, Mohammad Adib Hakimi and Muhammad Ammar Hakim..

Categories: Keluarga

Hari Keluarga Di Lotus Desaru

3,4& 5 Februari 2011,  Family Day telah di adakan di Lotus Desaru Beach Resort  ( http://lotusdesaru.com ) yang dahulunya di kenali sebagai Desaru Impian. 5 keluarga telah bersama-sama maraikan family day  tersebut. Bukan main suka lagi diorang.. terutama anak2 lah… bukan setakat anak2 jer bapak2 emak2 pun sama happy tu…. aku nie tukang ambik gambar jer….. tapi sempat leh mandi-mandi gak. kira seronok lah gitu… bila dah kumpulan ramai-ramai nie macam-macam aktiviti leh buat… siap lawan bola lagi team bapak-bapak sama anak-anak… yang penting team bapak-bapak juara…..  banyak gambarlagi


Categories: Keluarga Tags: